Searching...
Monday, 1 August 2016
18:40:00 0

Guan Eng cabar usul undi tidak percaya

Guan Eng cabar usul undi tidak percaya



GEORGETOWN: Selepas mengumumkan pembatalan cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini, mencabar Barisan Nasional (BN) mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang. Guan Eng berkata, pihaknya bersedia berdepan undi tidak percaya, sekali gus menganggapnya sebagai sebahagian daripada proses demokrasi. "Jika ada undi tidak percaya, kami akan hadapinya dan ia harus dibenarkan kerana itu adalah proses demokrasi. "Sekiranya dapat sokongan, ia boleh dibentangkan, tetapi saya harap ia dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini. Semalam Guan Eng mengumumkan pembatalan cadangan mengadakan PRN awal di Pulau Pinang. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan PKR yang tidak bersetuju untuk melaksanakan cadangan berkenaan




0 comments:

Post a Comment