Kalau Anak Cerewet Makan, Buatlah 5 Langkah Bijak Ini!
SEBAGAI IBU BAPA anda tentu pernah berasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan. Memang mencabar sekiranya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan.
Sebenarnya dalam menangani situasi begini, anda tidak boleh keterlaluan memaksa atau memarahinya kerana ia hanya akan membuatkan anak terus menolak makanan tersebut. Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh membantu si anak bertukar fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang.’
Tip menghadapi si cerewet makan
Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat, jadi sebagai ibu sediakan pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua orang akan seronok menikmati masa makan.
1. Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali waktu makan
Bersabar semasa melayan karenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baru itu.
Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat semua ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
2. Hidangkan dalam saiz yang kecil
Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin atau yogurt, dua keping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti.
3. Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan
Contohnya jika anda berkata “Sekarang waktu makan malam. Adik nak makan apa?” anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya anda berkata, “Ok ni hidangan makan malam kita.” Jadi dia perlu memilih makanan yang dihidang sahaja.
4. Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan
Ia termasuk membeli belah dan penyediaan makanan. Tentu sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
5. Be creative!
Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.
Berusahalah untuk sentiasa menyediakan makanan berkhasiat kepada si manja!
0 comments:
Post a Comment