Perintah gaji minimum berkuat kuasa esok
PUTRAJAYA: Gaji minimum bulanan RM1,000 bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah serta Sarawak berkuat kuasa esok tanpa penangguhan, selepas kerajaan meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan kerajaan mengambil pendekatan berimbang dalam isu itu dan dakwaan majikan tertentu kononnya kesuntukan masa melaksanakannya adalah tidak berasas. Katanya, dakwaan kedudukan ekonomi semasa negara kurang baik adalah tidak tepat kerana pelbagai petunjuk seperti pertumbuhan produktiviti buruh 2015 dan pelaburan langsung asing (FDI) menunjukkan sebaliknya. "Penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi memastikan perintah ini dipatuhi. Jika disabit kesalahan tidak mematuhi perintah ini, denda RM1,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan mengikut Akta MPGN 2011. "Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya