Searching...
Sunday, 31 July 2016
19:59:00 0

AHAD, 31 JULAI 2016 @ 8:31 PM Wanita dikhuatiri lemas, kenderaan terjunam dalam sungai

AHAD, 31 JULAI 2016 @ 8:31 PM 

Wanita dikhuatiri lemas, kenderaan terjunam dalam sungai


KENDERAAN pacuan empat roda yang dipercayai dipandu mangsa berjaya ditarik keluar dari Sungai Papar. - Foto ihsan Bomba Sabah

PAPAR: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Papar, di Jalan Melugus, Taman Sayang di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipercayai dipandu Rohani Samsudin, 50-an dikatakan gagal dikawal sebelum terhumban ke sungai berkenaan. Saksi di lokasi kejadian mendakwa mangsa kemungkinan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai. Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata selepas pacuan empat roda itu ditarik, mangsa tidak berada di dalamnya, dipercayai hanyut setelah cermin kenderaan pecah. "Operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar lokasi masih dijalankan oleh bomba dan polis serta penduduk kampung. Operasi menyelam akan dijalankan oleh pasukan skuba bomba pada pagi esok," katanya di sini sebentar tadi. Khatizah berkata, bomba menerima panggilan pada jam 5.52 petang dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian. Setakat jam 8 malam ini, mangsa belum ditemui, kemungkinan hanyut manakala kenderaannya sudah berjaya ditarik keluar dari sungai berkenaan.

Selanjutnya di : 
http://www.bharian.com.my/node/178749



19:55:00 0

Harga petrol kekal, diesel naik 10 sen mulai Ogos

Harga petrol kekal, diesel naik 10 sen mulai


 Ogos



KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 bagi bulan Ogos kekal seperti 
bulan lepas, manakala diesel mengalami kenaikan sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak ketika mengesahkan kenaikan itu berkata harga runcit bagi RON95 kekal RM1.75 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.10 seliter. "Harga runcit bagi diesel pula naik 10 sen kepada RM1.70 seliter," katanya kepada Bernama. Bulan lepas harga runcit petrol buat pertama kali mengalami kenaikan sejak April lalu apabila ketiga-tiga bahan berkenaan naik 5 sen berkuat kuasa 1 Julai. Harga runcit petrol sejak April lepas adalah RM1.70 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter. - BERNAMA




19:24:00 0

Koleksi gambar jambatan kaca yang bikin kamurang gementar lutut

Bikin Gementar Lutut...inilah yang boleh penulis katakan apabila melihat gambar-gambar jambatan kaca ini..dengan melihat pemandangan di bawah seolah-olah anda pasti jatuh ke bawah, anda pasti 'terduduk" atau sekurang-kurang nya berpaut pada pemegang,,,


Image result for Jalan-jalan di jembatan kaca ini dijamin bikin kaki gemetar

Image result for Jalan-jalan di jembatan kaca ini dijamin bikin kaki gemetar   Image result for Jalan-jalan di jembatan kaca ini dijamin bikin kaki gemetar

Image result for Jalan-jalan di jembatan kaca ini dijamin bikin kaki gemetar  Image result for Jalan-jalan di jembatan kaca ini dijamin bikin kaki gemetar



19:16:00 0

'Raja Pecut' sedia hadapi cabaran luar negara


'Raja Pecut' sedia hadapi cabaran luar negara


OLAHRAGAWAN Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, Khairul Hafiz Jantan bersedia untuk menggalas cabaran antarabangsa dengan menyertai lebih banyak latihan dan kejohanan di luar negara sekiranya diberi peluang.
'Raja Pecut' yang berasal dari Melaka itu berkata langkah itu dapat membantu meningkatkan prestasinya dalam usaha memperbaiki catatan peribadinya.
"Saya sangat gembira dipilih sebagai olahragawan dan berjanji akan buat yang lebih baik. Jika pergi ke luar negara, saya akan mendapat pengalaman yang boleh membantu saya memperbaiki 'personal best' saya.
"Saya akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan pada September ini dan berharap dapat buat lebih baik daripada 21.03 saat bagi acara 200 meter yang dibuat pada Sukma kerana akan ada lebih banyak pesaing," katanya dalam sidang media di Putrajaya, semalam.
Khairul Hafiz dipilih sebagai olahragawan terbaik Sukma kali ini berikutan kejayaannya memadamkan rekod 100m kebangsaan 10.30s yang berusia 18 tahun milik bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek, dengan catatan 10.18s pada penampilan sulungnya di Sukma.
Beliau kemudian memecahkan rekod 200m kejohanan milik seorang lagi bekas pelari pecut, Nazmizan Muhammad, 21.33s yang dicatatkan pada edisi 2002 di Sabah, selepas melintasi garisan penamat dalam masa 21.03s.
Pelari paling pantas Kejohanan Olahraga Remaja Asia itu kemudian membantu pasukan Melaka untuk memecahkan rekod kejohanan dalam acara 4x100m lari berganti-ganti dan 4x400m lari berganti-ganti masing-masing dengan catatan 38.89s dan 3:12.66s.
Pelari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu berkata beliau akan meluangkan masa bersama ibu bapanya di rumah mereka di Bukit Katil, selama sehari sebelum kembali melaporkan diri di sekolah.
Beliau sebelum ini menjalani latihan di Poland dan Jerman sejak hari raya kedua sebagai persediaan ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia. - Bernama
19:09:00 0

Nelayan terkejut temui 'objek misteri' ditengah laut

Nelayan terkejut temui 'objek misteri' ditengah laut


Nelayan terkejut temui 'objek misteri' ditengah laut


Penemuan 'objek misteri' yang mengejutkan nelayan

BUNBURY - AUSTRALIA. Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon raksasa yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

"Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.
18:23:00 0

Benar rakan guna pistol, anggota polis ke tali gantung

Benar rakan guna pistol, anggota polis ke tali gantung




IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor selepas didapati bersalah membenarkan pistol miliknya digunakan rakannya untuk membunuh pekerja kedai emas ketika melakukan rompakan tujuh tahun lalu. Hakim Datuk Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Taufik Peter Abdullah, 49, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sepanjang perbicaraan.

Mohd Taufik yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan berseluar putih kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan. Samsudin dalam penghakimannya memberitahu, wujud percanggahan dalam maklumat serta keterangan saksi dan tertuduh semasa perbicaraan berlangsung. Selain itu, beliau berkata, pihak pembelaan hanya menampilkan saksi yang mempunyai tali persaudaraan dengan tertuduh tanpa saksi berkecuali dan perkara ini secara tidak langsung dilihat menyebelahi tertuduh.

Dalam masa sama, Samsudin turut menyatakan tiada bukti tertuduh ambil langkah munasabah untuk mencegah dari melepaskan tembakan. Mohd Taufik dituduh mengetahui rakannya, S Nagendran, yang kini sudah meninggal dunia, mempunyai senjata api dan melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian terhadap Chen Fun Kee.

Kejadian itu berlaku ketika tertuduh dan Nagendran melakukan rompakan di Max Goldsmith & Jewellery di No 15, Jalan Sultan Iskandar di sini, antara jam 3.30 hingga 5.10 petang pada 16 September 2009.
Mohd Taufik yang ketika ini digantung tugas, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, Muhammad Farhan Ahmad Fadzir dan Ashvinder Kaur.




17:41:00 0

Beli kereta mahal tapi 'hilang' lepas 90 hari

Beli kereta mahal tapi 'hilang' lepas 90 hari



Beli kereta mahal tapi 'hilang' lepas 90 hari



LABUAN - Menteri Wilayah Persekutuan percaya Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menemui penyelesaian lebih berkesan mengenai peraturan baharu berkaitan kenderaan yang tidak menjelaskan cukai serta had dan larangan melibatkan kedai bebas cukai.
 Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penangguhan selama tiga bulan yang diberi hingga 1 Sept ini untuk melaksanakan peraturan itu bertujuan membolehkan jabatan berkenaan melakukan kajian mendalam untuk menggubal peraturan lebih berkesan, memberi fokus untuk mencari penyelesaian terhadap ketirisan hasil serta memastikan peraturan berkenaan tidak membebankan orang ramai.
"Masalahnya ialah masih terdapat orang tidak bertanggungjawab yang membeli kereta mahal, bukan sahaja di Labuan, tetapi juga di Langkawi, dan membawa kereta itu keluar serta tidak membawanya pulang setelah habis tempoh 90 hari.   
"Kami mahu mencari penyelesaian lebih baik, memastikan tidak berlaku ketirisan hasil dan mengatasi masalah rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Jalan Pintas Kg.Gersik berharga lebih RM20.5 juta di sini, semalam.  
Tengku Adnan berkata kementeriannya akan berbincang dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mencari jalan serta cara menyelesaikan isu itu.
"Kerajaan menanggung kerugian besar (kira-kira RM1 bilion) akibat ketirisan hasil melalui cukai. Seperti yang kita sedia maklum, jumlah kontena minuman keras dan rokok yang masuk ke pulau ini sangat banyak, tapi kenapa kami menghadapi ketirisan hasil. Kami tidak mahu menafikan hak Labuan sebagai pulau bebas cukai," katanya.
Dewan Perniagaan Cina Labuan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membantah keras peraturan baharu berkenaan, menyifatkannya sebagai dasar yang boleh menyekat kemajuan sektor pelancongan dan ekonomi.
Pada awal Julai, Jabatan Kastam Diraja Labuan mengadakan dialog dengan para peniaga, pengusaha hotel dan dewan perniagaan tentang pelaksanaan peraturan baharu yang dicadang mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos.
Peraturan itu antara lain mengenakan sekatan ketat terhadap perbuatan membawa keluar kenderaan berdaftar di Labuan yang tidak dijelaskan cukai, termasuk memerlukan pemiliknya mendapatkan jaminan bank, yang jumlahnya berdasarkan taksiran kastam serta kapasiti enjin.
Peraturan itu juga akan mengehadkan jumlah kedai bebas cukai dan jumlah barang bebas cukai yang dibeli seseorang, manakala mereka yang membelinya perlu direkodkan butiran identiti masing-masing.- Bernama
Thursday, 28 July 2016
05:36:00 0

Khairul Hafiz cipta rekod kedua dalam masa 24 jam


Khairul Hafiz cipta rekod kedua dalam masa 24 jam


KUCHING 28 Julai - Raja Pecut Sukma, Khairul Hafiz Jantan membuktikan seleranya belum berkurangan apabila berjaya memecahkan rekod kejohanan acara 200 meter petang ini, kurang 24 jam selepas mencipta rekod kebangsaan 100 meter.
KHAIRUL HAFIZ JANTAN
KHAIRUL HAFIZ JANTAN























Catatan 21.14 saat di pusingan separuh akhir acara 200m di Stadium Sarawak itu mengatasi rekod 14 tahun milik bekas pelari pecut negara berasal dari Terengganu, Nazmizan Muhammad iaitu 21.33s yang dilakukan di Sukma 2002 di Sabah.
Persembahan cemerlang Khairul Hafiz itu pasti menjanjikan sesuatu yang menarik di final yang akan diadakan pada pukul 9.30 pagi esok.
"InsyaAllah...saya akan cuba buat yang lebih baik esok," katanya kepada pemberita.
Atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu pernah mencatat masa 21.01s di separuh akhir Kejohanan Remaja Asia ke-17 di Ho Chi Minh, sebelum berpuas hati dengan 21.15s di perlumbaan akhir untuk membawa pulang pingat perak.
Ketika ini rekod kebangsaan 200m masih milik Tan Sri M. Jegathesan iaitu 20.92s yang dicatat di temasya Sukan Olimpik 1968 di Mexico.

Atlet muda itu kini menjadi sebutan selepas berjaya memecahkan rekod 100m 10.30s berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dengan catatan baharu 10.18s, semalam. - BERNAMA 



05:33:00 0

(SUKMA) 28 Julai 2016 : Salesnella Gabi gondol emas 3,000m lari berhalangan Buat Negeri Sabah

Salesnella gondol emas 3,000m lari berhalangan

SALLESNELLA GABI

KUCHING 28 Julai - Salesnella Gabi dari Sabah mempamerkan kehebatannya untuk mencatat masa terpantas 11 minit 50.13 saat dalam acara akhir 3,000 meter (m) lari berhalangan wanita pada Sukan Malaysia 2016 di sini, sebentar tadi.





Atlet Selangor, A. Manissha pula meraih pingat perak dan gangsa dimenangi Ainur Shafiqah Azmi dari Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, 27 July 2016
08:16:00 0

SUKMA 2016: SKUAD BOLA SEPAK SABAH KINI BURU EMAS

MISI BURU EMAS 




Selepas mencapai sasaran awal layak ke sseparuh akhir, skuad bola sepak Sukma Sabah kini mempunyai misi baharu yang lebih besar, iaitu membawa pulang pingat emas.

"Tahniah kepada pemain, misi layak ke separuh akhir sudah tercapai dan pingat gangsa sudah ada dalam tangan, namun kami kini mengidam emas.

"Alang-alang mandi biar basah, kami kini bersemangat untuk 'menukar' gangsa kepada emas...insyaAllah," kata ketua jurulatihnya, Justin Ganai, ketika dihubungi, semalam.

Sabah berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Johor 2-0 dalam aksi suku akhir di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Dua jaringan penyerang skuad Piala Presiden, Rahmanshah Marajeh, pada setiap babak sudah cukup untuk memastikan Sabah melangkah ke separuh akhir.

"Saya memuji persembahan Rahmanshah yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini (bertemu Johor), sudah lama saya menagih beliau untuk menunjukkan bakatnya dan dia membuktikan kepada saya hari ini (semalam).

"Selain itu, saya juga memuji semangat juang tinggi yang ditunjukkan kesemua  pemain kerana ia juga antara faktor kami berjaya menundukkan lawan," katanya.

Sementara itu, lawan Sabah dalam separuh akhir ialah Perak, iaitu pasukan yang pernah dikecewakan Sabah dalam perlawanan akhir temasya Sukma edisi ke-15 di Pahang pada 2012.

Perak mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah, Sarawak, menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa perlawanan sebenar.
07:59:00 0

Watson Nyambek tidak jangka rekodnya lebur di Sarawak

Watson Nyambek tidak jangka rekodnya lebur di Sarawak


Watson Nyambek tidak jangka rekodnya lebur di Sarawak

KUCHING: Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek mengakui tidak menyangka pelari muda, Khairul Hafiz Jantan mampu meleburkan rekod kebangsaan 100 meter berusia 18 tahun miliknya di negeri kelahirannya.

Walaupun sedar atlet kelahiran Melaka itu mampu mencatat keputusan baik selepas melihat aksi awalnya, Watson tetap terkejut rekod 10.30 saat yang begitu lama miliknya dipadamkan di Sarawak.

"Selepas melihat aksi separuh akhir pagi tadi, naluri saya menyatakan dia semakin kuat dan boleh meraih emas. Tetapi tidak jangka dia akan pecahkan rekod.

"Bagaimanapun, saya sangat gembira dengan pencapaiannya kerana ada generasi baharu yang semakin meningkat dari segi prestasi," katanya seperti dipetik sebuah stesen televisyen.

Khairul Hafiz hari ini muncul manusia terpantas negara ini apabila menamatkan larian 100m Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Stadium Sarawak di sini, dalam masa 10.18s.

Ia sekali gus mengatasi rekod 10.30s milik Watson yang dicatatkan pada Kejohanan Sukan Pra-Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pingat perak milik pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36s, manakala Badrul Hisyam Abdul Manap, juga mewakili Melaka, yang turut mencatat masa 10.36s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa berdasarkan 'photo-finish'.


05:13:00 0

Khairul Hafiz Jantan lebur rekod Watson Nyambek

Khairul Hafiz Jantan lebur rekod Watson Nyambek


Khairul Hafiz Jantan lebur rekod Watson Nyambek

KUCHING: Atlet pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan mencatat rekod kebangsaan baru dalam acara 100 meter ketika merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Sarawak hari ini.

'Raja pecut' baharu negara itu mencatat masa 10.18 saat, sekaligus meleburkan rekod 10.30 saat yang dipegang Watson Nyambek selama 18 tahun.

Rekod lama yang dicatat Watson adalah ketika temasya Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1998.

Khairul yang juga remaja terpantas Asia itu meninggalkan atlet tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36 saat untuk pingat perak dan rakan senegeri, Badrul Hisyam Abdul Manap sekadar gangsa dengan catatan masa 10.36 saat.

Keputusan itu dibuat berdasarkan 'photo-finish'.

sumber: astroawani
Tuesday, 26 July 2016
18:40:00 0

KISAH SEBENAR PELAJAR DITAMPAR USTAZAH

KISAH SEBENAR PELAJAR DITAMPAR USTAZAH





Sejak beberapa hari lepas media sosial kecoh dengan kisah seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan.

Memetik sumber berita myMetro, dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, 
mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya.


Ibu pelajar terbabit, Zakirah Zahari, 35, berkata, dia difahamkan, anaknya ditampar di depan perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.
“Saya hanya menyedari anak seperti menahan kesakitan ketika mengambilnya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dia menceritakan apa yang berlaku sambil menangis.”
Oleh kerana itu, pelbagai kecaman ditujukan kepada guru wanita terbabit yang juga seorang Ustazah di sekolah tersebut. Ada yang mendakwa tindakan Ustazah berkenaan keterlaluan kerana pelajar tersebut sudah menafikan dia mencukur keningnya.
Bagaimanapun, pelbagai pendedahan akhirnya dibuat oleh beberapa pihak. Ada yang mendedahkan apa yang dilaporkan mengenai kejadian tersebut rekaan semata-mata untuk menganiaya guru terbabit.
Tidak dinafikan guru wanita tersebut telah menampar pelajar itu namun ia adalah kerana masalah lain dan bukannya isu cukur kening. Pelajar itu pada awalnya didapati bersalah kerana tidak mematuhi etika pemakaian. Namun begitu, dia juga didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap guru wanita tersebut.
Membalas pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada pelajar itu pula, seorang individu yang mendakwa adalah sepupunya telah tampil untuk menjelaskan kejadian sebenar. Jelasnya, gambar berkenaan bukannya gambar lama dan cerita pelajar terbabit juga bukan rekaan. Dia terkilan kerana orang ramai mengecam sepupunya setelah apa yang berlaku.
Setakat hari ini, kes mengenai pelajar dan guru wanita terbabit masih menjadi viral di media sosial. KITA harap, pihak seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan mana-mana yang berkenaan boleh selesaikan isu terbabit dan jelaskan kedudukan sebenar yang berlaku.

KISAH SEBENAR PELAJAR DAKWA DITAMPAR USTAZAH 4



KISAH SEBENAR PELAJAR DAKWA DITAMPAR USTAZAH 2

sumber: http://www.ammboi.com/2016/07/25/kisah-sebenar-pelajar-dakwa-ditampar-ustazah/
05:03:00 1

Terkini: Formula Pengiraan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai Julai 2016

Cara Kira Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai Julai 2016







Fakta Kenaikan Gaji Kerajaan 2016 (2 Kenaikan Dalam Setahun)
  • Kenaikan Pertama: Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
  • Kenaikan Kedua: Kenaikan Satu Gred lagi atau Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Mulai 1 Julai 2016
Contoh Mudah Pengiran Kenaikan Gaji 2016
Kenaikan Pertama: Jika anda mula bekerja pada bulan Januari 2015, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) akan dibayar pada Januari 2016. Ini akan kenaikan pertama

Kenaikan Kedua: Kenaikan satu gred lagi, ini bermakna semua kakitangan awam menerima satu lagi kenaikan gaji tahunan pada Julai 2016.

Nota Kaki:
Kenaikan Gaji Tahunan = KGT
A = Gaji Pokok
B = Gaji Pokok Baru
C = Gaji Pokok Baru Selepas Kenaikan 1Gred Gaji

contoh mudah
Untuk memudahkan Pemahaman Anda:
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada Januari, gaji akan naik pada bulan Januari dan Julai.
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada April, gaji akan naik pada bulan April dan Julai.
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada Julai, gaji akan naik pada bulan Julai dan bulan yang sama Julai.
  • dan begitulah seterusnya…
Contoh Lagi Pengiraan Kenaikan Gaji Satu Gred Mulai Julai 2016
Fokus pada bulatan tanda Merah sahaja: Ahmad selaku Pembantu Tadbir Gred N17 telah memerima Kenaikan Gaji Tahunan pada April manakala kenaikan gaji satu gred lagi pada Julai. Katakanlah gaji tahunan bagi Pembantu Tadbir adalah sebanyak RM95. Oleh itu, Ahmad akan menerima kenaikan gaji RM95 sebanyak dua kali iaitu pada Bulan April dan Julai. Mudah bukan pengiraan?

contoh-lagi

Penyeragaman Penambahbaikan Gred Mulai Julai 2016
Memandangkan kenaikan satu gred mulai Julai 2016, gred gaji paling rendah atau terdahulu wajib dimansuhkan.

Contohnya:
  • Kakitangan berkelayakan SPM Gred 17 dimansuhkan dan diseragamkan kepada Gred 19
  • Kakitangan berkelayakan STPM Gred 27 dimansuhkan dan diseragamkan kepada Gred 29
  • Manakala gaji pegawai gred 28 diseragamkan kepada gred 30
  • Ini bermakna gaji jawatan Gred 17 dipinda kepada gred 19. Begitu juga dengan gaji pegawai Gred 27 dipinda kepada gred 29.
  • dan begitulah seterusnya
jadual-1

Tahniah kepada semua kakitangan awam
Monday, 25 July 2016
18:15:00 0

Tiada halangan Pokemon Go Masuk ke Malaysia - Salleh Keruak

Tiada halangan Pokemon Go Masuk ke Malaysia - Salleh Keruak



PUTRAJAYA, 25 Julai - Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan virtual realiti, Pokemon Go ke negara ini kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

"Walaupun di sesetengah negara mungkin ada yang menghalang tetapi kita di Malaysia. Kita belum sampai ke tahap itu," katanya.

Salleh berkata sedemikian ketika Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Pokemon Go menjadi trending di seluruh dunia kerana permainan tersebut menggabungkan elemen dunia sebenar dan dunia virtual sehingga mendatangkan masalah, termasuk kecederaan kepada pemain-pemainnya. 
sumber : SK
16:36:00 0

Lahad Datu: 13 daripada 14 tertuduh bersalah

Lahad Datu: 13 daripada 14 tertuduh bersalah





Sembilan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam mendapati 13 daripada 14 tertuduh, yang telah memberi keterangan membela diri masing-masing dalam kes pencerobohan Lahad Datu, bersalah.
Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda.
Lapan yang lain ialah warganegara Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.
Hakim Stephen Chung dijangka menjatuhkan hukuman terhadap kesemua 13 tertuduh itu selepas mereka membuat rayuan terhadap hukuman masing-masing hari ini.
Beliau juga akan menjatuhkan hukuman terhadap beberapa individu yang telah mengaku bersalah pada Februari tahun ini.
Datu Amir Bahar, Salib Akhmad, Al Wazir, Tani dan Julham juga disabitkan bagi kesalahan kedua dengan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Turut bersalah kerana menjadi anggota kumpulan pengganas ialah rakyat tempatan Abd Hadi Mawan, 52, serta warganegara Filipina Timhar Hadil, 39 dan bapanya, Hadil Suhaili, 68, yang meninggal dunia pada 24 April semasa dalam tahanan.
Satu-satunya tertuduh wanita dalam kes itu, Norhaida Ibnahi dari Filipina, didapati bersalah memberi sokongan kepada seorang yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, atau 20 tahun penjara dengan denda atau kedua-duanya.
Dalam penghakimannya, Hakim Chung berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan terhadap 13 tertuduh itu.
Walaupun Datu Amir Bahar mendakwa berlakunya salah faham di antara bapanya dan bapa saudaranya Datu Agbimuddin Kiram, yang mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Chung berkata ada bukti menunjukkan Datu Amir Bahar sentiasa berkomunikasi dengan bapa saudaranya.
“Berdasarkan pintasan komunikasi, beliau didapati berhubung (dengan bapa saudaranya) semasa pertempuran itu di Kampung Simunul (Semporna).
“Ada (juga) keterangan yang meyakinkan tentang penglibatannya sebagai ‘Ketua Staf’ daripada ‘Pasukan Keselamatan Diraja’,” katanya.
Chung berkata pintasan komunikasi yang dilakukan polis terhadap
Salib Akhmad dan Al Wazir juga menunjukkan bukti bahawa mereka berkomunikasi dengan pemimpin pencerobohan itu.
Hakim itu berkata saksi pendakwaan, yang telah diberi perlindungan, telah mengenal pasti Tani, Julham dan Abd Hadi sebagai anggota ‘Pasukan Tentera Diraja Sulu’, dan keterangannya tidak dicabar pihak pembelaan.
Mengenai Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio, Chung berkata beliau mendapati pengakuan bahawa mereka telah ditipu untuk datang bekerja di Sabah, sebagai meragukan.
Selepas berakhirnya kes pendakwaan, hakim berkata mereka mengambil keputusan untuk mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, yang bercanggah dengan pengakuan mereka.
“Kalau mereka rasa ditipu (dalam perjanjian pekerjaan di Sabah), mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk melarikan diri (dari Kampung Tanduo). Tetapi mereka hanya melarikan diri selepas pertempuran itu,” katanya.
Sementara itu, Chung mempersoalkan kehadiran Hadil dan Timhar di Lahad Datu semasa pencerobohan berlaku dan mempunyai dokumen yang mempunyai kaitan dengan ‘Kesultanan Sulu’.
Beliau berkata tidak ada bukti bahawa ‘anak’ yang Hadil lawati, yang merupakan sebab kehadirannya di Lahad Datu, adalah anaknya yang sebenar kerana dia tidak mempunyai nama akhir serupa seperti Timhar.
Hakim itu berkata Abd Hadi juga telah dikenal pasti sebagai anggota ‘Pasukan Tentera Diraja Sulu’ oleh saksi pendakwaan, yang keterangannya tidak dicabar oleh pihak pembelaan manakala Norhaida, yang mendakwa tidak menggunakan telefon bimbit, telah dikesan oleh pegawai Cawangan Khas menerusi isyarat telefon bimbitnya.
Chung juga mendapati rakyat Filipina, Basil Samiul, 35, tidak bersalah atas sebarang kesalahan selepas Basil memberi keterangan terhadap pertuduhannya bekerjasama atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, satu kesalahan yang membawa hukuman 30 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.
Hakim itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti dia berada di Kampung Tanduo semasa pencerobohan itu, walaupun berkongsi nama pertama yang sama seperti penceroboh di kampung berkenaan.
“Tiadanya bukti yang cukup terhadap tertuduh ke-24 (Basil) dalam pintasan komunikasi itu dan dia tidak pernah dikenal pasti sebagai Basil Bin Samiul.
“Adalah jelas bahawa ‘Al Basil’, yang boleh berlari semasa dikejar oleh seorang yang bersenjatakan pistol, bukanlah tertuduh ke-24 yang tempang sepanjang perbicaraan ini,” katanya.
Sehubungan itu, Chung melepas dan membebaskan Basil dan memerintahkan beliau dirujuk kepada Jabatan Imigresen.
Pendakwaan memulakan kesnya pada 6 Jan 2014 terhadap 30 individu – 27 rakyat Filipina dan tiga lelaki tempatan – yang dituduh dengan pelbagai kesalahan yang dikaitkan dengan pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo.
Pihak pendakwaan telah memanggil 166 saksi sepanjang prosiding selama 239 hari itu yang berakhir pada 5 Jan lepas.
Pada 5 Feb, Chung mengarahkan 19 daripada 30 tertuduh untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Bagaimanapun, pada 23 dan 24 Feb, sembilan daripada 19 tertuduh termasuk dua penduduk tempatan, memilih untuk mengaku bersalah, tetapi hakim itu menangguhkan hukuman selepas pihak pembelaan menamatkan kesnya.
Empat daripada sembilan tertuduh itu masing-masing didakwa dengan dua pertuduhan – melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas – tetapi hanya mengaku bersalah menjadi anggota kumpulan pengganas.
Pihak pembelaan menjalankan prosidingnya selama 24 hari mulai 25 Feb hingga 17 Mei dengan memanggil 20 saksi. — Bernama