Searching...
Friday, 30 October 2015
07:16:00 0

Jawapan gambar viral "Dua matahari muncul serentak di Kanada" Terjawab

Jawapan gambar viral "Dua matahari muncul serentak di Kanada": 




Tulisan ini dikongsikan melalui Facebook Page FalakOnline, sebuah page yang banyak berkongsi mengenai astronomi. Baca lagi:

falakonline.jpg

Jawapan kepada fenomena 'ganjil' di Kanada(?), yang tiba-tiba hangat dan ter-hot hari ini. Mohon BACA DULU penerangan di bawah, beserta dengan LINK ASAL foto-foto tersebut.



************************************************

FOTO 1

FOTO 1

12191897_10153081552906512_9219733094910


Foto ini keluar menerusi laman blog WIND AGAINST CURRENT , menerusi tulisan yang bertajuk "CITY SUNSET SILHOUETTES"" tulisan Vladimir Brezina pada 17 Ogos 2014.

Ia merupakan gambar yang dirakam di MANHATTAN , NEW YORK CITY Amerika Syarikat. Bandar Manhattan ini popular kerana mempunyai pemandangan ufuk yang indah pada waktu senja, dan dipopularkan dengan gelaran Manhattanhenge.

Foto di atas boleh didapati dalam blog berkenaan menerusi link ini



http://windagainstcurrent.com/…/08/17/city-sunset-silhouet…/

yang menunjukkan suanana senja di Sungai Hudson di Manhattan.

IA TIDAK BERLAKU DI KANADA seperti yang digembar-gemburkan

Belajar Berilmu!



***************************************************

FOTO 2
12193329_10153081552901512_6300172117811


'Gambar' ini telah muncul di sebuah laman web TimesGazette pada 31 Mac 2015 tulisan Ben Kochman yang bertajuk

"LUKE SKYWALKER'S TATOOINE WITH TWO SUNS MIGHT BE A REALITY SAYS STUDY"

Artikel itu menceritakan bagaimana ahli astrofozik mengatakan ada kemungkinan sebuah planet lain di dalam sebuah sistem bintang berkembar, yang BOLEH MENYERUPAI suasana planet Tatooine dalam cereka sains fiskyen STAR WARS. (Kalau kita ingat satu scence dalam filem Star Wars A New Hope yang menunjukkan Luke Skywalker sedang memerhatikan 2 buah matahari sedang terbenam.)

Maka artis telah MENGGAMBARKAN suasana tersebut menerusi gambar yang direka seperti dalam artikel tersebut.

Link asal artikel di atas http://www.thetimesgazette.com/luke-skywalkers-tatooine-…/…/

IA TIDAK BERLAKU DI KANADA seperti yang digembar-gemburkan

Belajar Berilmu!



***************************************************

Moral of the story, SEBELUM SEBARKAN MAKLUMAT YANG BELUM TENTU SAHIH, sila check dulu sumber asal, cerita asal dan sebagainya,

Amalkan ayat ini, InsyaAllah semua ok

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(QS. Al-Hujurat : 6)

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada yang BERTANYA DAHULU! Satu langkah bijak dalam zaman penuh pancaroba ini.

Saturday, 24 October 2015
05:00:00 0

DUNIA AKHIR ZAMAN… INILAH 7 FESTIVAL PALING BODOH DI SELURUH DUNIA !!







DUNIA AKHIR ZAMAN… INILAH 7 FESTIVAL PALING BODOH DI SELURUH DUNIA !! | Berbogel..selalunya dalam bilik mandi… sorang-sorang je… Tapi di luar negara, Lain pula ceritanya, bila sampai satu tahap… sudah hilang rasa malu.. Semua sanggup berbogel dalam satu acara festival yang melibatkan ratusan malah ribuan mata memandang…
Jadi Jom selongkar antara 10 Festival terkemuka dunia yang melibatkan orang separuh bogel dan berbogel… Check it out…
1. No Pants Subway Ride
Acara yang bermula hanya dengan gurauan ini telah menjadi satu trend di sekitar bandar-bandar di dunia termasuk Amsterdam, Paris, London, Milan, Lisbon, Warsaw, Helsinki, Toronto, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Bangalore, Bandar Raya Mexico, Brisbane dan juga Istanbul.
2. Spencer Tunick’s Installations
Spencer Tunick telah mendokumenkan orang telanjang di khalayak ramai sejak tahun 1992 sebelum menubuhkan photoshoot gergasi yang pertama pada tahun 2003melibatkan 500 sukarelawan telanjang dalam Selfridges jabatan kedai di London.
Sejak itu, beliau telah menjadi terkenal dengan gambar bogel di seluruh dunia termasuk 7,000 orang telanjang di Barcelona, ​​beratus-ratus wanita di Grand Central Terminal NYC dan beberapa 18,000 lelaki dan sukarelawan wanita di Mexico City Plaza de la Constitución.
Teruskan Pembacaan…
3. Oblation Run – Philippines
Sebuah patung seorang lelaki telanjang juga dikenali sebagai “persembahan pd Tuhan”yang melambangkan satu penawaran tidak mementingkan diri sendiri diri sendiri ke negara ini. Acara tahunan yang berlangsung paa setiap 16 Dis ini dianjurkan di setiap kampus Filipina adalah inspirasi di sebalik persembahan pada Oblivion Run.
4. Festival Européen de la Photo de Nu (Arles, France)
Selama lebih satu dekad, Arles telah menjadi tuan rumah kepada “Festival Européen de la Photo de Nu” (FEPN) atau Festival Eropah bogel Fotografi, pesta pameran, unjuran dan bengkel menumpukan kepada tubuh badan manusia. Ia juga merupakan acara Perancis dan Eropah yang terbesar khusus untuk gambar-gambar bogel.
5. Altenberg, Germany: Naked Snow Sledding Championship
Di resort Jerman timur Altenberg berlangsung satu acara naked snow sledding, satu acara paling popular dianjurkan semasa musim sejuk bertujuan mengutip dana bagi kanser payudara di seluruh Antartika. Dianjurkan oleh kultus stesen radio R.SA, acara tahunan ini yang berlangsung setiap 23 Februari melibatkan seramai 13 peserta lelaki dan 12 wanita tidak memakai apa-apa kecuali topi keledar, pakaian dalam wanita dan but untuk bersaing dalam merebut hadiah wang tunai 1,000 € dan gelaran “Nacktrodelmeister”.
6. Maslin Beach Nu de Olympics – Australia
Tema telanjang di pantai kayaknya sudah mulai sering ditemui di pantai-pantai negara lain di dunia, salah satunya adalah seperti di Pantai Maslin ini. Biasanya mereka akan berkumpul pada puncak musim panas di hemisfera Selatan, dan beberapa jenis perlumbaan dilakukan, seperti lumba lari tiga kaki, bererti salah satu kaki anda dan pasangan akan diikat bahkan ada pertandingan pantat terbaik segala lho!
7. Running of the Nudes (Pamplona, ​​Sepanyol)
04:05:00 0

10 Tuah Ahmed, Remaja Islam Yang Disangka Cipta Bom Dan Pengganas



NEW YORK: Seorang remaja Islam yang dituduh oleh guru dan pihak sekolahnya mencipta bom dan dituduh pengganas kini menjadi perhatian dunia.

Nasibnya dilihat berubah sekelip mata selepas kejadian berkenaan di mana dituduh mencipta bom sedangkan dia mencipta jam dan dibawa ke sekolah untuk ditunjukkan kepada gurunya.

Remaja berkenaan yang berasal dari Texas ini kini dikatakan telah berpindah ke UAE dan menetap di sana bersama-sama dengan keluarganya.

Popularitinya kini sudah melonjak tinggi di mana dia telah dijemput oleh orang-orang kenamaan dunia.

Selepas meninggalkan Sekolah Tinggi MacArthur, beberapa kegiatan Ahmed menjadi tumpuan global dengan hashtag #IStandWithAhmed.

Berikut 10 tuah Ahmed yang paling menonjol dan boleh dibanggakan oleh beliau:

1. Dijemput ke Rumah Putih oleh Presiden Barack Obama

Ahmed dijemput menyertai sekumpulan pelajar, guru, saintis, angkawasan dan selebriti termasuk hos programme Mythbusters pada Malam Astronomi Rumah Putih di Washington DC.

“Ini satu peluang untuknya bercakap tentang sains dan sistem solar kita dan juga alam semesta … Kami harap Ahmed akan buat seperti rumah sendiri di sini,” kata Josh Earnest, setiausaha akhbar Rumah Putih.

2. Bergambar dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu dan Permaisuri Jordan, Ratu Rania

Ahmed dan Ahmet : bertemu semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 di New York pada 25 September lalu.

Mereka kemudiannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar selfie bertiga bersama isteri Ahmet, Sare Davutoğlu.

Ahmed juga sempat bertemu Rania semasa Social Good Summit PBB pada September lalu.



3. Berjumpa pengasas Google di pesta sains

Ahmed melalui akaun twitter @IStandWithAhmed memuat naik gambarnya bersama salah seorang pengasas Google, Sergey Brin, di Google Science Fair pada 21 September lalu.

“Terima kasih @Google kerana menyediakan tempat untuk saya di #googlesciencefair. Projek-projek dan para pesertanya hebat,” katanya.

4. Dijemput bertemu pengasas Facebook

Seperti Brin, Mark Zuckerberg dalam statusnya di Facebook tidak sabar untuk berjumpa dengan Ahmed selepas insiden terbabit.

“Ahmed, jika mahu ke Facebook, saya mahu berjumpa anda. Teruskan usaha,” katanya pada 17 September lalu.


 
5. Duduk di kerusi mewah dengan Presiden Sudan

Bapa Ahmed berasal dari Sudan. Keluarganya diundang melawat kediaman rasmi presiden negara itu, Omar al Bashir, pada 14 Oktober.

Namun, pertemuan itu dianggap sangat kontroversi kerana Omar pernah didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah perang dan merancang pembunuhan beramai-ramai di Darfur pada tahun 1990-an.


6. Dijemput bertemu angkasawan Nasa

Ketika ditahan polis, Ahmed memakai baju T kelabu berlambangkan Agensi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (Nasa).

Perkara itu menarik minat angkasawan Kanada, Chris Hadfield, lalu menjemput remaja kacukan kulit hitam Amerika-Arab itu melawat negaranya untuk menghadiri sebuah persembahan sains.

7. 28 September ‘Hari Ahmed’ di New York

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, turut mengisytiharkan 28 September sebagai “Hari Ahmed” di kota metropolitan Amerika itu ketika remaja itu datang berkunjung.


8. Muncul di TV bersama Dr Oz

Ahmed muncul dalam sebuah rancangan TV bersama Dr Oz, pakar bedah Turki-Amerika dan pengacara terkenal, juga rakan baik selebriti TV, Oprah Winfrey.

Sebagai tetamu dalam rancangan itu, Ahmed “mengajar” Dr Oz sebuah eksperimen menggunakan nitrogen cecair.


9. Dijemput menyertai universiti impiannya: MIT

Ahmed dalam sebuah programme bual bicara selepas bebas tahanan polis menyatakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Pensyarah astrofizik MIT Chanda Prescod-Weinstein kemudian muncul di penghujung rancangan itu di saluran televisyen MSNBC. Beliau menyifatkan Ahmed sebagai “pelajar ideal saya”.

10. Menunaikan haji di Mekah

Tidak lupa pada impian terbesar setiap Muslim untuk menunaikan rukun Islam kelima, Ahmed dianggap bertuah kerana diberi peluang menunaikan haji bersama keluarganya.

“Mekah bersama keluarga saya,” katanya, memuat naik gambarnya dengan lata rbelakang Kaabah dalam Twitter 10 Oktober lalu.

Siakapkeli.my

Sumber: TheMalayMail


02:30:00 0

ISU PELANCONG BOGEL SEMPORNA, CHINA ‘Beri Perhatian’

China sedang meneliti laporan bahawa rakyatnya didakwa berbogel di sebuah pulau di Sabah.
China sedang meneliti laporan bahawa rakyatnya didakwa berbogel di sebuah pulau di Sabah

Kementerian Luar China berkata kedutaannya di Kuala Lumpur memberi perhatian terhadap perkembangan terkini kejadian itu. Jurucakapnya berkata China ‘secara berterusan mendidik dan meminta rakyatnya bertindak dalam cara bertamadun ketika melawat negara-negara lain’.
“Mereka dijangka dapat memahami dan menghormati adat, tradisi, agama dan pantang larang tempatan di tempat-tempat yang mereka lawati


Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/10/isu-pelancong-bogel-semporna-china-beri-perhatian/#ixzz3pTZuy9Gt
02:21:00 0

Remaja 14 tahun Dinoda Kenalan Wechat

Image result for berita remaja dinoda
sekadar hiasan:
Risau anak gadisnya berusia 14 tahun tidak pulang ke rumah kelmarin, seorang bapa sanggup mencari remaja itu sepanjang malam.
Pencarian lelaki berusia 48 tahun itu berakhir dengan kejutan apabila menemukan anaknya telah bermalam dengan seorang lelaki di sebuah resort di sini.
Sumber memberitahu, semasa ditemukan, gadis remaja berke­na­an bersendirian dalam bilik ma­na­kala lelaki yang bersamanya sem­pat melarikan diri. “Dia berusaha mencari anaknya sehingga ke resort berkenaan.
“Tiba di resort itu, dia terkejut mendapati anaknya berada dalam sebuah bilik bersendirian manakala lelaki bersamanya dipercayai mela­rikan diri melalui tingkap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/10/remaja-14-tahun-dinoda-kenalan-wechat/#ixzz3pTX49JGN