Searching...
Sunday, 31 May 2015
07:24:00 0

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Kedua Tomok

TOMOK
KESEMPATAN cuti hujung minggu ini dimanfaatkan penyanyi Tomok dengan mengadakan majlis aqiqah anak keduanya, Andra Shah Iman dan sambutan ulang tahun ketiga kelahiran anak sulungnya yang super cute dan bijak, Arrian Shah Akid.
Keluarga bahagia ini kelihatan manis bergaya sedondon dengan persalinan berwarna ungu.
Isteri Tomok, seorang bekas pramugari selamat melahirkan Andra pada 27 Februari lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang majlis itu berlangsung sebentar tadi. –MYNEWSHUB.CC
TOMOK1
TOMOK2
07:20:00 0

Kantoi Curang, Isteri Penggal Kepala Suami

Las Vegas – Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.
Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.
Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.
Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.
Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.
Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.
Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa.
– Agensi/myMetro Online
07:18:00 0

Elaun Tinggi, Salah Guna OT Penyumbang Kejatuhan MAS

PETALING JAYA – Kira-kira 180 jenis elaun, tuntutan kerja lebih masa (OT) yang besar, gaji dan nilai kontrak yang terlalu tinggi menjadi penyumbang kepada kejatuhan kewangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Malah terdapat pekerja yang dibayar elaun bulanan basikal dan ada yang diberikan elaun kesulitan.
Mengimbas kembali mengenai dilema itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata syarikat penerbangan berkenaan tidak sendirian berhadapan keadaan itu.
“Ia berlaku dalam banyak syarikat penerbangan. Jika anda mempunyai penerbangan ke kawasan sejuk, akan ada pula elaun pakaian sejuk.
“Bukan sahaja gaji asas yang anda dapat sebaliknya anda turut memperoleh banyak elaun lain,” katanya kepada The Star.
Ditugaskan untuk memulihkan MAS, Mueller berkata syarikat penerbangan itu juga berhadapan salah guna tuntutan kerja lebih masa.
Katanya wujud juga keadaan bayaran kerja lebih masa adalah tinggi berbanding gaji asas yang dibayar.
“Itu adalah amalan yang tidak baik bukan hanya syarikat perlu membayar tuntutan kerja lebih masa, pesawat juga ada kalanya lewat berlepas.
“Ini kerana anda hanya boleh membenarkan tuntutan kerja lebih masa jika kerja yang dilakukan ditangguhkan,” jelasnya.
Untuk beralih daripada semua amalan ini, MAS Bhd, syarikat penerbangan baharu yang akan bermula pada 1 September depan mempunyai sistem ganjaran untuk kakitangan yang menyelesaikan pekerjaan tepat pada masanya.
“Ia sebagai insentif untuk pekerja supaya menyelesaikan tugas dengan cepat.
“Kita perlu menggantikan amalan yang tidak baik ini dengan pemberian gaji yang lebih sama rata supaya kita boleh memberi insentif kepada mereka dalam bentuk wang jika kerja diselesaikan dengan pantas…saya fikir ini adalah perkara normal,” katanya.
Mueller berkata terma dan syarat pekerjaan bagi MAS Bhd dibuat mengikut tanda aras beberapa syarikat penerbangan lain manakala skala gaji baharu adalah mengambil kira kos sara hidup di sini dan tempat-tempat lain di mana MAS beroperasi.
“Kami telah mengambil kira senarai kekananan, jadi ia adalah satu proses yang sangat kompleks,” katanya. – mStar Online
06:55:00 0

‘Pagar Coli’ Jadi Tarikan Pelancong Di New Zealand

DI New Zealand terdapat satu tempat tarikan pelancong yang luar daripada kebiasaan.
Di pinggir bandar yang terletak di Central Otago itu, terdapat ribuan coli digantung pada pagar sehingga ianya menarik kedatangan pelancong sama ada tempatan mahu pun luar negara.
Pagar coli itu dikatakan wujud sekitar tahun 1998 bila mana terdapat pengguna jalan raya di situ yang meninggalkan coli di pagar tersebut sehingga ianya mula menjadi ikutan dan kini ianya seakan menjadi satu tradisi untuk pelancong wanita meninggalkan ‘jejak’ mereka di situ selepas melawati pagar tersebut.
Walau bagaimanapun setelah mendapat pelbagai tentangan daripada penduduk yang sentiasa menggunakan laluan tersebut, akhirnya pada tahun 2006, pihak majlis perbandaran terpaksa memindah dan membuang coli-coli tersebut kerana penduduk menyifatkan perkara itu adalah sesuatu yang memalukan buat mereka selain memburukkan pemandangan di kawasan terbabit.
– MYNEWSHUB.CC
06:53:00 0

Cool! Power Rangers Datang Ke Majlis Perkahwinan

ANDA peminat Power Rangers? Penulis masih ingat lagi ketika masih kecil, tepat sahaja pukul 7.00 malam pasti sudah terpacak di hadapan televisyen bagi menonton siri tersebut.
Semestinya rancangan aksi ini memberi kenangan manis buat kanak-kanak di zaman 90-an.
Tetapi pernahkah anda terfikir untuk menjadikan rancangan penuh aksi itu sebagai tema perkahwinan?
Buat pasangan pengantin baru Ameerul dan Nawwal, majlis persandingan mereka bukan sahaja meriah malah mencatat kenangan indah tersendiri dengan kehadiran adiwira Power Rangers.
11062166_10154242021534572_4408920679662877953_n
Kesemua ‘anggota’ Power Rangers ini bukan sahaja menceriakan suasana majlis malah menjadi ‘pengawal’ buat pasangan sempoi ini.
Menurut salah seorang pemakai kostum, Alexander Sia Eng Her, Ameerul yang merupakan pengantin lelaki adalah ahli Tokusatsu Malaysia, iaitu sebuah komuniti cosplay Adiwira.
“Hari ini merupakan hari perkahwinan salah seorang ahli kami, jadi kami kumpulkan semua ahli lain untuk memberikan kenangan manis buat mereka,” kata Alexander di laman Facebooknya.
17398_740948489349610_3191591095329843222_n
Bagaimana? Adakah perkahwinan pasangan ini memberikan inspirasi buat tema perkahwinan anda?
Siapa tahu selepas ini mungkin watak-watak adiwira dari  filem Avengers pula akan dijadikan tema buat majlis anda, heh.
Apa yang penting adalah keberanian dan keyakinan untuk melakukan sesuatu yang lain daripada orang lain.
– MYNEWSHUB.CC