Searching...
Friday, 20 May 2016
02:24:00 0

Kucing Diracun Dalam Kampus!!! Pengarah Kampus UTM Beri Penjelasan

Viral Kononnya Kucing Diracun Dalam Kampus : Pengarah Kampus UTM Beri Penjelasan Sebenar



Kuala Lumpur, 20 Mei - Sejak semalam, viral sekeping gambar yang memaparkan beberapa ekor kucing mati yang kononnya akibat dianiaya di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Menangkis dakwaan itu, Pengarah Kampus universiti tersebut, Prof Dr. Durrishah Idrus tampil memberi penjelasan rasmi di Facebooknya semalam.

"Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.", nafi beliau.

Tambah Durrishah, gambar itu diambil dengan tujuan siasatan dan sebelum kucing itu ditemui mati, terdapat beberapa ekor anjing liar masuk ke dalam kawasan kampus berkenaan.

"Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu.

"Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.", jelasnya.

Beliau juga turut turut berkata penyebar gambar itu telah memohon maaf kepada UTM Kuala Lumpur.

"Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi/membelikan kucing makanan pun. Perkara ini telah pun selesai disiasat, dan yang menyebar berita salah telah memohon maaf kepada UTMKL / saya secara rasmi. 

"Saya tidak berniat memanjangkan perkara ini, kecuali jika ia berpanjangan memburukkan nama baik UTM. Apabila yg bertanggungjawab menyebar berita palsu kucing diracun telah meminta maaf, kami anggap isu ini selesai.", kata Durrishah.

Gambar kucing tersebut menjadi viral setelah ia dimuat naik di laman Facebook sejak semalam dan mendatangkan kecaman dari orang ramai. 

sumber: SK
Wednesday, 4 May 2016
19:26:00 0

Selepas 6 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa Tiri, Gadis 14 Tahun Nekad Buat Laporan Polis

Selepas 6 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa Tiri, Gadis 14 Tahun Nekad Buat Laporan Polis



ALOR SETAR, 4 Mei - Seorang gadis berusia 14 tahun akhirnya nekad membuat laporan polis setelah hampir enam tahun dia dirogol dan menjadi hamba seks kepada bapa tirinya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, pada Khamis lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya, mangsa membuat laporan polis selepas dia diugut dengan sepucuk pistol oleh bapa tirinya supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa semasa kali terakhir dirogol pada 28 April lepas.

Suspek kemudian diberkas oleh polis pada 10 malam keesokannya di sebuah rumah di Taman Kulim Square, Lunas, tempat dimana dia merogol anak tirinya itu sejak dia berusia 9 tahun.

Susulan tangkapan, suspek yang berusia 40-an itu membawa polis ke sebuah rumah di Taman Tiran, Kulim pada 30 April lepas dan pihak polis memberkas enam lelaki berusia antara 17 hingga 24 tahun.

"Polis merampas sepucuk pistol semi auto Pietro Baretta bersama-sama tiga butir peluru 9mm dan menemukan sarung pistol berwarna hitam dalam sebuah tong, yang dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa," katanya.

Bernama melaporkan, gadis itu tinggal berdua dengan bapa tirinya di Lunas selepas ibu kandungnya melarikan diri.

Kesemua suspek direman dari 30 April hingga 7 Mei ini.

Bapa tiri gadis itu, yang turut mempunyai dua rekod jenayah bersabit samun dan rusuh disiasat dibawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dia dan suspek lain juga akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api, yang boleh dihukum penjara sehingga maksimum 14 tahun serta tidak kurang enam sebatan.

Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru, yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000 jika sabit kesalahan.

18:28:00 0

KANTOI!! Majalah Sekolah Salah Cetak Gambar Pelajar Tayang Zakar

Majalah Sekolah Salah Cetak Gambar Pelajar Tayang Zakar


mynewshub.cc


SEORANG pelajar di Phoenix, Arizona ditangkap polis kerana menayangkan zakar ketika bergambar dengan pasukan bola sepak sekolahnya, pada Isnin.

Tangkapan dilakukan selepas pihak sekolah tanpa sengaja mencetak gambar tersebut dalam satu ruangan buku tahunan sekolah dan mengedarkan buku itu kepada ribuan pelajar.
Jurucakap Sekolah Red Mountain Helen Hollands berkata, gambar itu dicetak  tanpa menyedari pelajar berkenaan, Hunter Osborn, 19, menayangkan zakarnya dalam salah satu gambar yang dimuatkan.
Jika dilihat secara umum, gambar pasukan bola berpakaian seragam itu kelihatan normal tetapi jika diteliti, pemain yang mengenakan baju bernombor 42 berdiri dalam keadaan seluar sengaja dilucutkan.
Untitled
Sepatutnya 3,400 pelajar menerima buku tahunan tersebut tetapi sehingga penangkapan Osborn dilakukan, hanya 250 buah naskah telah diedarkan.
“Kami bernasib baik kerana sebilangan besar buku ini masih berada di dalam kotak,”kata Hollands.
“Dia (Osborn) berhadapan dengan 69 tuduhan pelanggaran undang-undang kerana berkelakuan tidak senonoh dan satu tuduhan pesalah bawah umur,” ujar jurucakap polis Mesa Steve Berry.
Apabila disoal siasat pihak polis, Osborn mengakui sengaja melakukan perkara tidak bermoral itu dan mengakui menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. – MYNEWSHUB.CC
sumber : siakap keli

18:23:00 0

PEMINAT KUTUK WAJAH ISTERI HAFIDZ ROSHDI TAK CANTIK!! korang tengok dan nilai sendiri...tak baik tau mengutuk orang

RAKAN ARTIS BIDAS PEMINAT KUTUK WAJAH ISTERI HAFIDZ ROSHDI




hafidz1



Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga, Hafidz Roshdi nampaknya sekali lagi diduga dengan komen-komen peminat yang bertindak mengutuk rupa paras isterinya. Pelbagai kata-kata hinaan dilemparkan dilaman sosial Hafidz sehingga seolah-olah menghina ciptaan Tuhan.
Screen Shot 2016-05-04 at 11.14.15 AM
18:18:00 0

Sangat Mengherankan...Kedah Tolak Tajaan 30 Juta Dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris..Apa Agaknya Permintaan Melampau Dato Aliff Nie


Tak Sangka! Punca Sebenar Kedah Tolak Tajaan 30 Juta Dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris

Tak Sangka! Punca Sebenar Kedah Tolak Tajaan 30 Juta Dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris

Tak Sangka! Punca Sebenar Kedah Tolak Tajaan 30 Juta Dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris

Tak Sangka! Punca Sebenar Kedah Tolak Tajaan 30 Juta Dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris



Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan berjumlah RM30 juta untuk skuad Helang Merah daripada syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan.
"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan.
"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri.
"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan," katanya.
13124867_1026358784118365_88691408563574
kredit to: 
http://babab.net/out/tak-sangka-punca-sebenar-kedah-tolak-tajaan-30-juta-dari-dato-aliff-syukri-terlajak-laris.html
16:56:00 0

GEMPAR!!! PENDUDUK SANDAKAN TERKEJUT IKAN MATAHARI MUNCUL DI KG FOREST SANDAKAN, SABAH

GEMPAR!!! PENDUDUK SANDAKAN TERKEJUT IKAN MATAHARI MUNCUL DI KG FOREST SANDAKAN, SABAH

kongsi dari Oh! Media,

 semasa saya sibuk cari maklumat untuk assigment saya, sy ter klik satu artikel bertajuk Ikan Matahari Muncul di Sabah.. Klik punya klik terkejut juga saya lihat gambar Ikan Matahari ni..memang sangat besar..ikan ni muncul secara tiba-tiba di sandakan, Sabah.
Pelik tapi benarkan..Benar-benar besar ikan matahari ini, kalau di makan satu kampung pun belum tentu habis..

korang rasa mengapa ikan ni timbul??adakah ada sebab sebab yang tidak terjangka oleh kita??


wahhh besar gilerkan... kenapa ikan sebesar ini naik ke darat?? satu pertanyaan. 
07:03:00 1

Pendedahan !! Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Pegang Tangan Semasa Berjalan..Korang Mesti Terkejut

Pendedahan !! Mengapa Lelaki Bangladesh Selalu Pegang Tangan Semasa Berjalan..


Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.


"Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay".


Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik. 

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?