Searching...
Tuesday, 30 June 2015
07:27:00 0

Operator Hitachi Excavator Akhirnya Berjaya Dikesan!! Rupanya dia....

Operator Hitachi Excavator Akhirnya Berjaya Dikesan..rupanya dia orang sabah bah



Berita Sabah
Saudara Yahudah Joimon
Akhirnya Operator yang mengendalikan jentera Hitachi Excavator yang menjadi VIRAL sejak dua hari lalu berjaya ditemui.
Video yang diambil tanpa pengetahuannya itu berjaya menarik perhatian umum dari seluruh dunia selepas dikongsi di laman sosial facebook oleh sebuah portal dari negara Arab. Video asal Operator Hitachi yang berdurasi 1 minit 14 saat itu dalam tempoh 48 jam sudah mendapat tontonan lebih 4 Juta kali .
Ketika dihubungi , beliau yang menggunakan nama ‎Eios Dah J di Facebook memberitahu yang dia sendiri tidak tahu mengenai rakaman tersebut sehinggalah beliau dimaklumkan oleh rakannya yang AKSI BERANI menuruni bukit curam di satu kawasan dekat Tamparuli menjadi tontonan satu dunia
Eios Dah J atau nama Sebenarnya Yahudah Joimon adalah Anak Jati Sabah berasal dari Kampung Minangkob Tamparuli. Beliau yang berpengalaman lebih 10 tahun menjadi operator Jentera berat menjelaskan apa yang dia buat itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sudah dia sudahpun meneliti keadaan bukit dan berasa yakin untuk melakukannya.
Tingu keadaan jga gia tu klu X tanah timbus mna gia berani turun tu.hehe yg penting sampai tu tangan di tanah timbus. – Eios Dah J
Beliau juga turut menafikan tuduhan liar sesetengah orang melalui komen di Facebook iaitu apa yang dia lakukan bukanlah untuk dia dikenali ramai tetapi untuk mendapatkan rezeki yang halal. Ini adalah kerja saya dan saya tiada pilihan untuk tidak melakukan kerja ini.
Media negara ARAB turut memuji keberanian Anak Sabah ini dengan ayat yang berbunyi “The most person good in the world”. Ini adalah satu penghormatan kepada beliau atas keberanian dan keikhlasannya dalam membuat satu perkara.

.

Tuesday, 23 June 2015
16:34:00 0

Polis rekod keterangan Nazri Aziz

Mohamed Nazri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Polis merekodkan keterangan daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, yang dikatakan membuat kenyataan menghina institusi beraja.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Mohamed Nazri berbuat demikian minggu lepas.
   
"Kita akan memajukan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada bila-bila masa," katanya dalam sidang media selepas melancarkan filem "Bukit Kepong" versi digital definisi tinggi di sini, hari ini.
   
Beberapa laporan polis dibuat orang ramai terhadap Mohamed Nazri selepas kenyataannya terhadap komen Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan menghina institusi beraja.
   
Sebelum ini, Tunku Ismail memuat naik komen pada status di laman Facebook Johor Southern Tigers berhubung dialog 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang tidak dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas faktor keselamatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kita tidak mahu Raja Melayu dihentam, kata Nazri]
   
Mohamed Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas turut dilaporkan sebagai berkata beliau masih menghormati sistem raja berperlembagaan yang telah sebati dalam hatinya sejak sekian lama dan masih mempunyai pegangan agama yang kuat.
   
Terdahulu, Khalid menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Polis Diraja Malaysia dan Syarikat KRU yang bertujuan menyalurkan sebahagian kutipan tayangan amal, perdana dan awam filem "Bukit Kepong" bagi mengisi Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia.
   
Filem yang pernah memenangi tujuh anugerah di Festival Filem Malaysia ketiga itu ditayangkan buat pertama kali pada 1981.
   
Selepas membuat kerja-kerja "digital remastering" filem yang sama berkisarkan peristiwa Bukit Kepong pada 1950 akan ditayangkan semula dalam versi definisi tinggi di pawagam dan tayangan awam pada bulan Kemerdekaan.
   
Dalam kejadian pada 23 Feb 1950, kira-kira pukul 5 pagi, Balai Polis Bukit Kepong dekat Pagoh, Johor diserang segerombolan 200 pengganas komunis semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
   
Serangan pengganas komunis itu telah mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri anggota polis, seorang anak polis dan enam polis bantuan (AP). - Bernama
 
Sunday, 7 June 2015
07:54:00 0

Gempa rendah dikesan di Kota belud

Gempa bumi

Hari ini 7 Jun 2015, jam 7.35 pagi penduduk di daerah Kota Belud digegarkan dengan satu gempa berukuran 3.0 pada skala Ritcher. Berita lanjut di sini.
07:19:00 0

'Saya jalan dululah' kata terakhir Valerian

gempa bumi

KOTA KINABALU - "Saya jalan dululah" kata-kata terakhir mendiang Valerian Joannes, 27 kepada bapanya selepas pertemuan antara anggota keluarga mereka pada 30 Mei lepas.

Valerian, seorang kakitangan Mountain Torq, syarikat yang mengurus laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu, antara mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda Ranau pada Jumaat lepas.

Menurut sepupunya Felix Fienn, 35, mangsa sempat menghubungi rakan-rakannya yang lain dan memaklumkan dirinya bersama kumpulan pelajar dan guru dari Singapura berada dalam keadaan selamat.

"Namun, selepas gegaran itu, beliau tidak dapat dihubungi lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Queen Elizabeth di sini hari ini.

Felix berkata, ketika kejadian, Valerian yang menjadi pemandu pelancong kepada pelajar dan guru dari Tanjong Katong Primary School, Singapura itu sedang mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau juga berkata, mendiang telah bekerja di Mountain Torq hampir tiga tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini.

Sementara itu, bapanya Joannes Kubang, 55, berkata mendiang anaknya itu akan dibawa pulang ke kampung Bundu Tuhan, Ranau untuk dikebumikan esok.

"Memang sedih dengan kehilangannya tetapi kami menerimanya dengan tenang," katanya. - Bernama
07:04:00 0

Terkini: Lima lagi mayat mangsa gempa bumi ditemui

Lima lagi mayat mangsa gempa bumi ditemui

RANAU - Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ini menemui lima lagi mayat di Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pada Jumaat yang melanda Ranau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
 
Beliau berkata tiga daripada mayat telah dikeluarkan dan diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu oleh helikopter sementara dua lagi mayat belum dibawa turun.
 
"Tetapi keadaan kedua-dua mayat menyukarkan kami untuk membuat pengecaman secara positif mengenai identiti kerana sebahagian daripadanya hanya cebisan tubuh.
 
"Jadi kami benar-benar tidak tahu sama ada sebahagian daripadanya telah dikeluarkan dari kawasan bencana adalah mayat baharu.
 
"Sebab itulah untuk sementara waktu ini, kami menyenaraikan dua masih hilang kerana kami tidak dapat membuat pengecaman positif tentang identiti mereka disebabkan keadaan mayat," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Taman Kinabalu, di sini.
 
Masidi berkata dua mangsa yang masih dilaporkan hilang ialah dua warga Singapura - seorang guru dan seorang pelajar.
 
"Jumlah mangsa yang terkorban ialah 18, 16 daripada mereka ditemui mati dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (7), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu)," katanya.
 
Beliau juga menjelaskan bahawa daripada enam yang dilaporkan hilang semalam, seorang masih hidup.   
 
Katanya, Mohd Khairulridzuan Abdul Kahalif, 39, warga Malaysia dilaporkan berada dalam kumpulan pertama 52 pendaki yang berjaya dibawa turun dengan selamat pada hari kejadian.
 
"Beliau berada dalam kumpulan pertama tetapi tidak diambil kira dan beliau sekarang telah kembali di Kuala Lumpur," katanya. 
 
Sementara itu, Masidi berkata operasi SAR akan dikecilkan tetapi akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.
 
"Kami akan mengurangkan operasi SAR sehingga pada satu tempoh apabila kami percaya bahawa semua telah ditemui. Keseluruhan ideanya ialah kami perlu meneruskan operasi seandainya kami menemui cebisan badan mayat," katanya. -Bernama
Wednesday, 3 June 2015
16:24:00 0

Ratusan penyelam usaha cari lebih 400 mangsa kapal karam China Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58822

JIANLI, China: Lebih 200 penyelam berusaha mencari lebih 400 penumpang yang masih hilang selepas kapal dinaiki mereka karam di Sungai Yangtze malam kelmarin ketika Perdana Menteri, Li Keqiang menggesa siasatan yang telus.
Hanya tujuh mayat yang ditemui setakat ini manakala 14 lagi mangsa ditemui selamat.
Antara mereka yang diselamatkan ialah wanita warga emas yang terperangkap dalam ruang udara kapal itu yang tenggelam ketika ribut.
Stesen televisyen kebangsaan menunjukkan gambar anggota penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa kapal karam ketika lewat malam.
Li yang bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelaras usaha menyelamat, mahukan maklumat dan laporan telus berhubung usaha menyelamat dan siasatan tragedi itu.
Waris mangsa yang marah kerana kurangnya maklumat berhubung tragedi itu, bertelagah dengan pegawai di Shanghai. Semua penumpang kapal itu menempah perjalanan menerusi agensi pelancongan di Shanghai. - Reuters