sekadar hiasan:
Risau anak gadisnya berusia 14 tahun tidak pulang ke rumah kelmarin, seorang bapa sanggup mencari remaja itu sepanjang malam.
Pencarian lelaki berusia 48 tahun itu berakhir dengan kejutan apabila menemukan anaknya telah bermalam dengan seorang lelaki di sebuah resort di sini.
Sumber memberitahu, semasa ditemukan, gadis remaja berkenaan bersendirian dalam bilik manakala lelaki yang bersamanya sempat melarikan diri. “Dia berusaha mencari anaknya sehingga ke resort berkenaan.
“Tiba di resort itu, dia terkejut mendapati anaknya berada dalam sebuah bilik bersendirian manakala lelaki bersamanya dipercayai melarikan diri melalui tingkap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/10/remaja-14-tahun-dinoda-kenalan-wechat/#ixzz3pTX49JGN
0 comments:
Post a Comment