Sejak beberapa hari lepas media sosial kecoh dengan kisah seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan.
Memetik sumber berita myMetro, dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15,
mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya.
Ibu pelajar terbabit, Zakirah Zahari, 35, berkata, dia difahamkan, anaknya ditampar di depan perhimpunan sekolah selepas menafikan mencukur keningnya.
“Saya hanya menyedari anak seperti menahan kesakitan ketika mengambilnya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dia menceritakan apa yang berlaku sambil menangis.”
Oleh kerana itu, pelbagai kecaman ditujukan kepada guru wanita terbabit yang juga seorang Ustazah di sekolah tersebut. Ada yang mendakwa tindakan Ustazah berkenaan keterlaluan kerana pelajar tersebut sudah menafikan dia mencukur keningnya.
Bagaimanapun, pelbagai pendedahan akhirnya dibuat oleh beberapa pihak. Ada yang mendedahkan apa yang dilaporkan mengenai kejadian tersebut rekaan semata-mata untuk menganiaya guru terbabit.
Tidak dinafikan guru wanita tersebut telah menampar pelajar itu namun ia adalah kerana masalah lain dan bukannya isu cukur kening. Pelajar itu pada awalnya didapati bersalah kerana tidak mematuhi etika pemakaian. Namun begitu, dia juga didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap guru wanita tersebut.
Membalas pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada pelajar itu pula, seorang individu yang mendakwa adalah sepupunya telah tampil untuk menjelaskan kejadian sebenar. Jelasnya, gambar berkenaan bukannya gambar lama dan cerita pelajar terbabit juga bukan rekaan. Dia terkilan kerana orang ramai mengecam sepupunya setelah apa yang berlaku.
Setakat hari ini, kes mengenai pelajar dan guru wanita terbabit masih menjadi viral di media sosial. KITA harap, pihak seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan mana-mana yang berkenaan boleh selesaikan isu terbabit dan jelaskan kedudukan sebenar yang berlaku.
sumber: http://www.ammboi.com/2016/07/25/kisah-sebenar-pelajar-dakwa-ditampar-ustazah/
0 comments:
Post a Comment