Searching...
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Sunday, 31 July 2016
19:59:00 0

AHAD, 31 JULAI 2016 @ 8:31 PM Wanita dikhuatiri lemas, kenderaan terjunam dalam sungai

AHAD, 31 JULAI 2016 @ 8:31 PM 

Wanita dikhuatiri lemas, kenderaan terjunam dalam sungai


KENDERAAN pacuan empat roda yang dipercayai dipandu mangsa berjaya ditarik keluar dari Sungai Papar. - Foto ihsan Bomba Sabah

PAPAR: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Papar, di Jalan Melugus, Taman Sayang di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipercayai dipandu Rohani Samsudin, 50-an dikatakan gagal dikawal sebelum terhumban ke sungai berkenaan. Saksi di lokasi kejadian mendakwa mangsa kemungkinan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai. Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata selepas pacuan empat roda itu ditarik, mangsa tidak berada di dalamnya, dipercayai hanyut setelah cermin kenderaan pecah. "Operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar lokasi masih dijalankan oleh bomba dan polis serta penduduk kampung. Operasi menyelam akan dijalankan oleh pasukan skuba bomba pada pagi esok," katanya di sini sebentar tadi. Khatizah berkata, bomba menerima panggilan pada jam 5.52 petang dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian. Setakat jam 8 malam ini, mangsa belum ditemui, kemungkinan hanyut manakala kenderaannya sudah berjaya ditarik keluar dari sungai berkenaan.

Selanjutnya di : 
http://www.bharian.com.my/node/178749



Friday, 15 July 2016
16:43:00 0

Keningau: Perodua Rusa terbabas, empat cedera

Perodua Rusa terbabas, empat cedera

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KENINGAU: Empat orang penumpang kenderaan jenis Perodua Rusa mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku Batu 16 Jalan Sook, di sini, petang tadi.
Mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas dengan sendiri ke bahu jalan.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.51 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 22 kilometer itu pada jam 4.16 petang.
Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulan untuk menerima rawatan lanjut