Searching...
Monday, 18 July 2016
16:42:00 0

VIRAL: Datuk Kahwin Gadis 18 Tahun Tarik Perhatian Netizen..Tentu ramai jejaka gigit jari

Datuk Kahwin Gadis 18 Tahun Tarik Perhatian Netizen

 

Makassar (Indonesia): Seorang datuk yang sudah berusia 63 tahun menjadi bualan mulut netizen di Indonesia selepas dia mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun.

Menurut portal tempatan Makassar, Harian Fajar, datuk itu yang dikenali sebagai Nasir, berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa.

Nasir ketika ditemuramah oleh akhbar itu berkata, dia sudah berkahwin sebelum ini namun isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.

Menurutnya, sejak menduda, dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan menginginkan bakal isteri yang masih dara.

“Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan,” katanya.

Nasir berkata, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali sebelum bertandang ke rumah gadis itu untuk meminang.

Bapa kepada Milawati, Nasaruddin, 48, berkata dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya itu bersetuju.

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya.

Milawati berkata, biarpun jarak usia yang jauh, dia tiada masalah untuk berkahwin dengan Nasir.

“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Sumber : Harian Metro


Sunday, 17 July 2016
06:09:00 0

(Gambar) Helikopter Tiba-Tiba Mendarat Berhampiran Sawah, Cetus Pelbagai Spekulasi

(Gambar) Helikopter Tiba-Tiba Mendarat Berhampiran Sawah, Cetus Pelbagai Spekulasi



KEPALA BATAS: Penduduk kampung Permatang Tiga Ringgit gempar apabila terlihat sebuah helikopter yang tiba-tiba mendarat di kampung mereka iaitu di kawasan lapang berhampiran sawah padi di sini, lapor Sinar Harian.

Keadaan ini membuatkan orang kampung dan pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan berhenti mengerumuni helikopter berkenaan.

Pelbagai spekulasi mula timbul, ada yang mengatakan helikopter berkenaan mendarat cemas dan menjadi buah mulut setempat sehingga tersebar di media sosial, namun telahan mereka ternyata meleset apabila cerita sebenar bukan seperti yang disangka.

Seorang penduduk, Maznah Aznan, 70, memberitahu helikopter tersebut sebenarnya mendarat untuk mengisi minyak dan mengambil adiknya untuk ke sebuah lokasi di Kedah.

"Adik saya dia bekerja dengan syarikat balak, dia tinggal di Batu Kurau, helikopter itu turun untuk mengisi minyak dan mengambilnya untuk ke sebuah lokasi.

"Dia telefon awal lagi pada saya, katanya dia akan naik helikopter itu di sini, jadi bila ramai orang yang bercerita, saya buat tak kisah saja, tapi tak sangka berita ini tersebar secepat ini," katanya.

Lori menghantar minyak untuk helikopter berkenaan

Pihak Sinar Harian telah menemubual penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar berkata ketika itu dia baru balik dari sawah.

"Saya lalu jalan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, masa tu lebih kurang jam 12 lebih, terkejut juga tiba-tiba ada helikopter mendarat di sini.

"Saya tak berani nak jangka apa-apa, tapi ini kali pertama kejadian yang berlaku di kampung ini,"katanya.

Helikopter berkenaan difahamkan milik sebuah syarikat yang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Kedah mendarat di kawasan itu untuk mengambil rakan mereka dan mengisi minyak di mana 15 mini kemudian pesawat itu telah beredar. - Siakapkeli.my

Pihak polis turut datang ambil keterangan 




Friday, 15 July 2016
16:43:00 0

Keningau: Perodua Rusa terbabas, empat cedera

Perodua Rusa terbabas, empat cedera

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KENINGAU: Empat orang penumpang kenderaan jenis Perodua Rusa mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku Batu 16 Jalan Sook, di sini, petang tadi.
Mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas dengan sendiri ke bahu jalan.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.51 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 22 kilometer itu pada jam 4.16 petang.
Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulan untuk menerima rawatan lanjut
Tuesday, 12 July 2016
17:45:00 0

Tiada Permit Kebumi, Polis Gali Semula Kubur Bayi

Tiada Permit Kebumi, Polis Gali Semula Kubur Bayi




BESUT: Polis menggali semula kubur seorang bayi yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, semalam berikutan pengebumiannya di sebuah tanah perkuburan Islam di Jerteh, di sini Ahad lepas, tidak mendapat permit. 

Difahamkan, jenazah bayi itu dikebumikan abang kepada ibu bayi berkenaan yang telah melahirkannya di rumah keluarganya dekat Jerteh, Ahad lepas. 

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ibu bayi ituyang berumur 21 tahun, belum berkahwin dan masih menuntut di sebuah kolej swastadi negeri ini.  

Mohd Zamri berkata polis menggali semula kubur bayi berkenaan selepaskejadian itu disedari seorang doktor yang merawat wanita berkenaan ketika beliau dihantar ke unit kecemasan Hospital Daerah Besut pada kira-kira pukul 11 malam, Ahad lalu. 

Katanya, pihak hospital diberitahu wanita berkenaan telah melahirkan bayinya di dalam tandas rumah keluarganya tetapi bayi itu meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

"Susulan kejadian itu wanita berkenaan telah dibawa keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut pada malam yang sama," katanya kepada pemberita di sini Selasa. 

Mohd Zamri berkata doktor mendapati ada luka yang besar pada alat sulit wanita berkenaan dan pada masa sama mendapati tiada sebarang rekod dibuat mengenai kelahiran bayi tersebut atau dirujukkan kepada hospital sebelum itu. 

"Pihak hospital kemudian dengan kebenaran daripada mahkamah dan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu telah mengali kubur bayi itu semalam untuk siasatan lanjut, katanya.  

Beliau berkata buat masa ini tiada tangkapan dilakukan dan wanita berkenaankini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.-Bernama
Sunday, 10 July 2016
19:46:00 0

Dibunuh Kerana Pikat Kekasih Orang

Dibunuh Kerana Pikat Kekasih Orang




Tan Chuen Take

JOHOR BAHARU: Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.

Mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan belukar di Km 25.9 Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa Tan Chuen Take, 31, yang bekerja di Singapura sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dato Chellam di sini sejak 26 Jun lalu yang dipercayai diculik sepasang kekasih.

Menurut beliau, pihak polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan yang merupakan warga tempatan dan berusia 22 dan 32 tahun di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai pagi semalam.

"Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis kepada lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah kerana perasaan dendam dan cemburu," katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua-dua pasangan itu direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk disiasat mengikut Seksyen 363 dan 302 kanun yang sama.
19:05:00 0

(Video) Designer 28 Tahun Ini Mencipta Skarf Yang Boleh Menjadikan Pemakainya 'Halimunan' Dalam Gambar & Video

(Video) Designer 28 Tahun Ini Mencipta Skarf Yang Boleh Menjadikan Pemakainya 'Halimunan' Dalam Gambar & Video


LONDON 4 Julai - Bagi mereka yang tidak mahu gambarnya terakam ketika kamera diketik, skarf yang diberi nama ISHU mungkin penyelamat buat mereka.

Skarf yang direka oleh Saif Siddiqui itu mula mencuri perhatian apabila ia telah dipakai oleh beberapa selebriti Holywood yang terkenal seperti Paris Hilton, Cameron Diaz dan Joe Jonas.

Saif

Protal msn.com melaporkan, Saif, 28, menjelaskan bagaimana skarf itu berfungsi dengan bertindak balas terhadap flash kamera.

Menurut Saif, apabila kamera diketik, wajah pemakai skarf itu tidak akan kelihatan di dalam gambar disebabkan pantulan cahaya yang dihasilkan setiap kali terkena pancaran flash kamera.



Tambahnya lagi, idea yang menghasilkan ISHU itu diperoleh apabila seorang rakan mahu merakam gambarnya di hadapan deretan basikal semasa dia bercuti di Amsterdam pada 2009.

“Pelekat pemantul cahaya pada basikal itu menyebabkan wajah saya tidak kelihatan. Saya terfikir untuk menghasilkan skarf yang pasti menjadi rebutan selebriti terkemuka,” katanya sebagaimana lapor Utusan.

“Skarf ISHU membolehkan pemakainya berjalan dengan privasi walaupun gambar mereka dirakam. Gambar dan video mereka tidak akan tersebar lagi dengan mudah di Snapchat, Instagram atau Facebook,” ujarnya lagi.

Turut difahamkan, skarf itu cuma akan berfungsi pada gambar yang diambil menggunakan flash.

Kini, skarf tersebut boleh dibeli menerusi internet pada harga 289 pound (RM1,531) sehelai.

Selain dari skarf, Saif turut memperkenalkan casing telefon menggunakan fabrik yang sama untuk menjadikan pemegang telefon itu 'halimunan'

07:49:00 1

NGERI (VIDEO) Bas Rempuh 10 Kenderaan di Lebuhraya Plus

NGERI (VIDEO) Bas Rempuh 10 Kenderaan di Lebuhraya Plus


Ipoh, 10 Julai - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan  (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dari belakang.

Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.

BH Online melaporkan, dua cedera dalam kemalangan tersebut.

Di dalam kejadian itu, kesemua 28 penumpang bas ekspress itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian itu bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya.

Katanya juga, pihaknya sedang mengealpasti dan mejalankan siasatan sama ada pemandu bas itu mengantuk ketika kejadian sehingga mengakibatkan inside itu berlaku.

"Kami masih belum mendapat maklumat lengkap bas berkenaan menghala ke mana tetapi daripada maklumat awal ia datang dari arah utara menuju selatan. 

"Ketika ini semua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu sudah membuat laporan di Balai Polis Ipoh," katanya ketika dihubungi.

Menurut Reza lagi, mangsa yang cedera masih belum dapat dikenalpasti namun mereka dipercayai dari kenderaan yang pertama dilanggar.